Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Aku sewaktu menjadi guru mata pelajaran Fizik dan Matematik sekitar 1990an


4 Disember 1989 aku sepatutnya mendaftar sebagai guru di SM Kerajaan Kapit, Kapit, Sarawak tapi aku sampai 8 Disember kerana masalah pengangkutan. Kapit adalah satu daripada 7 bahagian (daerah) di Sarawak. Merupakan bahagian pendalaman yang rata penduduknya adalah Iban.

Aku ditugaskan mengajar Fizik Tingkatan 4 dan 5. Matematik tingkatan 4.

Ini gambar aku, mula-mula menjadi guru dengan buku Fizik rujukan Sasbadi. PointPen merah, hitam dan biru (pilot) di poket belakang yang kemudian menjadi ikutan pelajar letak di situ tak letak di poket baju sehingga ada yang tegur kerana aku jadi ikutan pelajar.

Kurus, kerana tak sempat makan. Kantin sekolah makanan TIDAK HALAL, terpaksa makan di luar. Ini mebuatkan aku sukar nak makan kerana tak sempat nak keluar.


Ditugaskan sebagai guru kelas 4 Sains 2. Pelajar hampir 98% bukan Islam. Sangat kurang pelajar Islam. Pelajar Cina sekitar 30%.

Di sini aku mula melatih diri menjadi guru Fizik yang baik. Cuba mengajar tanpa melihat buku termasuk membuat nota.

Nota-nota dalam blog ini adalah semuanya hasil usaha gigih aku untuk berdikari mengajar Fizik dengan tanpa bantuan kerana sepanjang 5 tahu aku berada di sini aku tak pernah lihat skema jawapan SPM. Tak pernah tahu bagaimana cara mememeriksa kertas. Jadi semuanya aku buat sendiri dengan berpandukan pembacaan kerana pada masa itu mana ada internet seperti sekarang.

Orang kata inilah nortah pertama aku menjadi seorang guru Fizik & Matematik.

15 Tahun Mengajar Fizik


Aku mula mengajar 4 Disember 1989 di Sekolah Menengah Kerajaan Kapit, Kapit, Sarawak. Mengajar Fizik Moden tingkatan 4 dan 5 dan Matematik Moden tingkatan 4. Berat aku masa tu sekitar 50 kg aje.... sangat kurus kerana kurang makan. Sarapan pagi jarang sekali sekadai minum susu nestle chocolate dan roti aje kerana tak banyak kedai makanan Islam yang benar-benar memenuhi selera. Kadang kala nak makan di kedai pun terfikir lebih sedap masak maggie lagi.



Mula-mula mengajar aku menjadi guru kelas 4 Sains 2. Tengok pelajar lebih besar daripada aku.

Aku mula-mula mengajar, macam buat eksperimen mencari satu kaedah pengajaran yang terbaik di mana di Kapit ni agak pendalaman yang sukar untuk mendapatkan bahan dan maklumat semasa. 5 tahun mengajar di Kapit nak dapat skema pemeriksaan Fizik pun tak boleh dan aku terpaksa buat skema sendiri tanpa panduan yang lengkap.

Tapi alhamdulillah setiap tahun ada pelajar dapat 1 untuk subjek Fizik walaupun tak berjaya dapat 100% lulus.

Jadi banyak bahan aku buat sendiri, itu yang terfikir kenapa aku tak simpan aje bahan-bahan ini pada satu blog yang boleh dirujuk kemudian hari. Maka aku pun buatlah blog ini.







Minat Belajar Fizik Semenjak Tingkatan 4


Dulu aku sekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu (SMSI @ SIS). Mr. Ng Wee Ngah adalah guru Fizik aku. Cakap Melayu pun tak betul, tapi dia baik dengan aku pasal dia suka main chess dan aku adalah permain chess terbaik sekolah. Dia selalu cari aku untuk bermain chess di makmal Fizik. (Aku dah lama pencen bermain chess... baca di sini)



Dulu, zaman aku sekolah mana ada buku rujukan. Buku tekslah satu-satunya buku untuk dijadikan bahan bacaan. Kita tahu buku teks bukan boleh faham sangat kalau cikgu tak berikan penerangan. Pengajaran guru adalah faktor utama untuk berjaya pada masa itu selain kesungguhan kita.

Pasal itu tak hairan kalau pelajar benci cikgu, sah subjek tu mesti lingkupnya.

Mr Ng guru Fizik aku



Berkenaan nota pula, tak macam sekarang nota berjela-jela, fotostat lagi. Banding bahan, bukul modul soalan dan macam-macam. Dulu kalau buku nota 100 muka surat kira dah teballah tu. Kalau boleh habis sudah pasti kira cikgu tu suka bagi nota.

Buku Fizik aku semasa sekolah (1983), kebetulan aku simpan di sekolah supaya selamat, tapi malangnya makmal ICT banjir habis buku aku tenggelam. Sayang agak cacat dengan dakwat yang kembang pasal dulu guna pen (dakwat cair... pilot). [Nota kimia boleh dilihat di sini]

Fizik adalah matapelajaran paling aku minat selain biologi. Kimia tak berapa minat... Maths memang aku kira 'terrar' juga... Tapi Mat Tambah kurang sikit.

Tak hairan aku akhirnya jadi guru Fizik dan Matematik.

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Fizik Moden - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger