Home » » Bab 1 - Pengenalan Kepada Fizik

Bab 1 - Pengenalan Kepada Fizik


Perkataan Fizik (physics) berasal dari perkataan Greek ‘physikos’ yang bermakna ‘pengetahuan tentang alam semula jadi’.

Tujuan pembelajaran fizik adalah untuk menjelaskan sifat asas alam semesta dengan menggunakan penjelasan yang paling mudah.

Secara umum, fizik membantu kita untuk mencari jawapan kepada persoalan ‘mengapa (why)?’ dan ‘bagaimana (how)?’ berhubung dengan misteri-misteri alam semesta.

Soalan ‘mengapa?’ memerlukan satu alasan atau sebab untuk diberikan. Soalan yang berbunyi ‘mengapa air mengalir?’ adalah lebih sukar untuk dijawab berbandingdengan soalan ‘bagaimana air mengalir?’.

Jawapan kepada soalan ‘mengapa?’ selalunya bermula dengan perkataan ‘kerana (cause)’, atau ‘disebabkan oleh (due to)’.

Soalan ‘bagaimana?’ memerlukan penjelasan cara fenomena itu berlaku. Sebagai contoh, ‘bagaimana komputer berfungsi?’ dan ‘bagaimana televisyen menghasilkan imej bergerak?’.

Manusia selalunya tidak sabar-sabar dalam memahami sesebuah fenomena semulajadi. Semenjak awal lagi, manusia mempunyai minat yang mendalam terhadap  keajaiban alam sekitar. Keadaan ini menerangkan tentang  kepentingan manusia dalam memahami bagaimana suatu perkakas (appliance) itu beroperasi.

Ikuti nota dibauat oleh cikgu Khairul Anuar untuk bab ini.































1 comments:

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Fizik Moden - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger